Saturday, August 8, 2009

secara tiba2...
kenangan2 lalu di Sabah muncul dlm ingatan..
banyaknye kenangan..
klo nk cerite, 7 hari 18 malam pon x abes..
haha..miss those moments there..
hari ni trase nk share pasal kejadian
di Klias Peat Swamp Conservation Area..
sape x tau Klias ktne, cek la kt Google Earth..
mase tu ktorang tgh buat kerja lapangan
yg lebih glamour ktorg sebut fieldwork..
actually, fieldwork ni is part of our courses..
ade credit hour yg dikira utk sem tu..
klo x buat, jwbnye, sem dpn repeat lg skali la..
mmg best gile snanye fieldwork ni..
kt situ la aku start rapat dgn coursemates aku..
even dh 2 thn blaja same2, aku snanye still xknl sume..
hehehe..
dh g fieldwork tu pon aku x knl gak sume..
tp fieldwork tu la yg membuat aku
lebih rapat dgn beberapa orang rakan..
sehinggalah ke hari ni..
haa...tu baru mukaddimah..
berbalik kepada kejadian yg aku nk cerite tu
sebenarnye tentang B²..
haha...sure pening..ape tu B²..
klo kat semenanjung ni, org kite sebut Penanggal..
tp bg student2 BioPem or penduduk2 Kg. E UMS,
ktorang panggil B²..
knp B²?
actually tu name manja die je..
name xmanje rasenye sume tau..Balan-balan
tp atas sebab2 tertentu,
ktorg dipesan secara turun temurun
supaya x sebut nama xmanja dia tu
especially mlm2 sbb takut die dgr org sebut name die
nanti klo die dgr, dia datang kat sape yg sebut name die tu..
sounds childish, but that was the pesanan turun temurun


Hari pertama sampai
dengan menaiki bas Hino dan Nissan UD hakmilik UMS,
khemah2 ktorang sume dh siap disediakan
oleh pihak urusetia fieldwork ktorang
iaitu lecturer2 dan staff IBTP
(Institut Biologi Tropika & Pemuliharaan) UMS
khemah2 ktorg disusun cantik oleh 'Unit Perancang Bandar'
di bawah satu kanvas besar yg biasa buat tutup kargo lori
mase sampai tu, turun je dari bas, pergh...
rase macam melecur kulit aku..
panas gile..
dh la dlm bas tu ber'aircond.. mau x nye..
disebabkan kepanasan melampau tahap El Nino tu,
khemah ktorang dpt bumbung kanvas besar tu..
kononnye leh memantulkan semula radiasi Sang Bintang Besar..
tp macam mane pon, mmg tetap panas..
kalo jemur haiwan peliharaan korang, aku leh gerenti kering!


so, mase kat Klias tu, aku dan rakan2 sejawat dlm grup Moth
(bahasa Melayu nye = rama2) ditugaskan utk tangkap Moth
ktorang guna Light Trap utk tangkap menatang ni
sbb diorg attracted pada cahaya di waktu malam
ade kisah yg mengatakan diorg ni
klo nampak chy bulan akan terbang ke arah bulan..
tp dipercayai x pnh sampai..
tu cite dongeng die la..
tp dh makhluk Tuhan ni dicipta tertarik pada cahaya,
maka mudahlah bg ktorg nk tangkap byk2..
malang sekali, kt Peat Swamp ni x byk pokok..
yg byk pokok renek..
sepatutnya, cahaya dr mentol 1000 Watt
yg dikatakan berharga RM1,600 tu
boleh menarik perhatian Moth ni
dlm jarak mybe 1 or 2km
disebabkan kekurangan balak2 tropika,
xbyk moth yg ktorg dpt di sana...

nk dijadikan cerita, selepas Malam Pertama,
ktorang btugas di luar kawasan
lebih kurang 1km++ dari base camp ktorang
barang2 x banyak sgt..dlm 2 kotak besar je..
so ktorang angkut dengan Ford Ranger
hakmilik bro Ehsan
yg pernah hilang beberapa bulan
dan ditemui semula di Lahad Datu klo x slh..
Sampai di tempat kejadian,
ktorang pon unpack sume barang2 and set the trap..
we all set the trap just by the roadside
sbb tempat lain macam x sesuai..
terlalu semak..
tambah pening sbb Light Trap tu kne ade tiang
untuk gantung kain putih ala2 layar projektor..
fungsinye memantulkan cahaya mentol mahal tu
and also as the place where those insects cling..
ntah macam mane, aku pon x ingat
tp ktorang berjaya set trap tu..
pastu, Ms Neeza
(lecturer yg ditugaskan meng'supervise ktorang)
dengan bro Ehsan balik semula ke base camp
utk sesi pembentangan hasil kerja di fieldwork tersebut..
tinggallah aku, Yana, Leo, dan ...

sebenarnye..
semasa ktorang sedang setting trap tu,
ktorang dengar sumthing dalam semak..
tp buat2 x endah je sbb takut jugak nk cek...
dengan perasaan curiga,
aku pon mengasah parang yg aku bawak
sebagai langkah berjaga2..
penat mengasah,
aku pon baring lalu terus tertido selama 2 jam..
yang seronoknye,
Leo pon tdo smbil dengar mp3 beliau,
meninggalkan Yana seorang berjaga..
isk3...kesian Yana..

celik je mate dr tido, aku nampak Yana dpn muke aku..
punyelah syok die bertenggek kat aku..
rupe2nye die dh ketakutan dan hampir menangis
sbb dengar bunyi2an dlm semak tu spjg kami b'2 tido..
nasib baik aku terjaga awal..
klo x, ade drama free la tgh2 malam kat Klias tu..hehe
waktu bangun, bunyi2an tu masih ada, cuma x berapa kuat..
memang tertanya2, apa benda dalam semak tu..
x mungkin babi hutan sbb klo babi hutan,
sure ktorang dh lari lintang pukang kene kejar..
dlm kepala aku yang terlintas hanyalah ular..
klo ular sawa, mungkin aku berani lagi..
tapi klo yang lain2, nauzubillah, mintak dijauhkan sgt2..


lebih kurang 10 atau 11 mlm, Ms Neeza dtg semula,
kali ni dgn Zack..
dan 60 cucuk Sate Brunei yg sangat sedap!
wallaa..syoknye ktorang melantak berlima..
bunyi2an di belakangku turut semakin rancak..

tiba-tiba..
keadaan gelap gelita..
genset terpadam...
semuanya tergamam..
aku dan Leo trus mencapai tong petrol
untuk diisi ke genset tersebut..
mmg dijangka genset tersebut akan mati
selepas 4 jam kerana kehabisan minyak..
tp disebabkan syok sgt makan sate,
terlupa nk isi minyak sebelum genset padam...
lepas isi minyak,
aku pon placing semula genset
supaya tak tergolek di bahu jalan..
setelah yakin kukuh, aku pon sambung kenduri sate..
sempat jugak tertumpah kuah sate ke atas henpon Ms Neeza..
bunyi2an yg mengiringi kami bertambah lagi kerancakannya
seiring dengan kerancakan kami mentekedarah sate..
lalu aku pon menoleh untuk mendapatkan kepastian..
Ms Neeza tanpa segan silu menegur aku
supaya Jangan Pandang Belakang..
tapi beberapa kali aku x mengendahkan teguran beliau
membuatkan beliau meninggikan sedikit suara beliau..

sekali lagi..
sesuatu yg tidak disangka berlaku..
genset yg telah aku placing dengan cun
bergegar kuat seperti dilanggar sesuatu..
kami semua terpinga2..
kemudian aku betulkan semula kedudukan genset tersebut..
"Tepat jam 12, kita semua cabut.."
itulah arahan beliau seterusnya..
ketika itu masih berbaki 10minit
untuk kami mentekedarah sate2 yang ada..
dengan bunyi seakan2 sesuatu yg bergerak2
di dalam semak di belakangku,
aku tidak dpt menahan perasaan
untuk menoleh semula ke belakang..
sekali lg aku di'sound oleh Ms Neeza..
lalu beliau mengarahkan kami semua berkemas
untuk pulang ke base camp.
pesan beliau,
"Tak kira apa pun, lampu kemas last skali!"
malangnye,
Zack terus cabut plug lampu
menyebabkan keadaan bertambah kelam kabut...
kelentang kelentung mentol RM 1,600 tu
berlaga dengan alat2 lain..
siap berkemas,
aku sempat lagi plan nk duduk di belakang pikap tanpa sebab..
kene sound lagi dengan Ms Neeza
dia mengarahkan semua masuk ke dalam pikap..
akhirnya aku mengalah
kerana merasakan ada sebab beliau berbuat begitu..

sepanjang perjalanan,
Ms Neeza x putus2 membaca ayat kursi..
yg syoknye, aku xrase apa2 pon..
tp driver pada waktu tu mmg bawak sgt laju..
sampai di base camp,
kami semua pon berkumpul di belakang pikap..
Ms Neeza rupa2nya terdengar bunyi
seperti seseorang sdg "Pssst...pssstt.."
beberapa kali sepanjang perjalanan
untuk pengetahuan,
itu merupakan salah satu tanda2
bahawa si B² sedang mengekori
dalam sesi yang lain,
Ms Neeza pernah bercerita
bahawa mereka diekori B² di Tawau Hill Park a.k.a Table..
masa tu,
mereka melarikan diri menggunakan sebuah van..
apa yang menarik,
mereka melarikan diri dengan memandu selaju 140km/h
tetapi masih dpt diekori si B²..

sewaktu genset yg aku placing dgn kukuh tu bergegar,
Ms Neeza sebenarnya perasan
satu kelibat yg sgt laju melanggar genset tersebut
dlm hatiku terdetik,
mungkin si B² fikir dia boleh padam semula lampu
dgn melanggar genset tersebut..
hehehe...kelakar pon ada..
kami pon berhalaqah tentang kejadian tersebut..

konklusi yg kami dapati ialah:
Sate Brunei merupakan punca
kejadian bertambah kelam kabut..
ini kerana si B² sangat gemar makan daging..
apa lagi klo ada sate 60 cucuk?
sememangnya dia tidak keruan
bertapuk (menyorok) di dalam semak
itu yg menyebabkan dia melanggar genset
dgn harapan lampu akan terpadam
dan dia boleh mencuri sate2 yang ada untuk dimakan
supaya tidak perlu bersusah payah
mencari makanan di tgh2 hutan..
tp malangnya, keadaan tidak menyebelahi si B²...

Pengajarannya:
jangan membawa sate ke dalam hutan..
lebih2 lagi di kawasan yg terkenal
dgn populasi B² seperti Klias atau Beaufort..